Henry si Hitam
Henry si Hitam

Henry si Hitam

Henry si Hitam atau Henry The Black dan Enrique of Malacca merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau telah diberikan nama Kristian 'Enrique' (Bahasa Sepanyol) atau 'Henrique' (Bahasa Portugis) setelah dibaptiskan dalam Gereja Katolik Roman oleh pihak Portugis sempena hari pembaptisannya yang merupakan perayaan St. Henry.Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Cebu.